Inilah punca kejadian sebenar kebakaran HSA yang cuba di DIAMKAN.!!


PETALING JAYA: Enam terbunuh dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pagi tadi.

Jumlah kematian itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Twitter rasminya.

Menurut laporan Bernama, mangsa korban terdiri daripada 4 wanita dan 2 lelaki, manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat 2 unit rawatan rapi (ICU) selatan HSA.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Othman Abdullah yang dipetik agensi berita itu berkata, seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 8.56 pagi tadi.

“Di ICU itu ada 7 mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal, jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali,” katanya sambil menambah kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Kakitangan hospital terpaksa memindahkan pesakit dari wad lain di hospital itu ke luar bangunan.

Berdasarkan gambar dimuat naik ke laman media sosial, khemah-khemah turut didirikan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, semua mangsa korban dipercayai adalah pesakit.

Namun beberapa saksi-saksi kejadian yang sempat melihat kejadian sebelum kebakaran itu mengatakan, punca kebakaran tersebut adalah berpunca daripada seseorang yang di lihat mengecas telefon bimbitnya.

Namun, secara tiba-tiba telefon miliknya itu meletup dan terkena pada salah satu tangki oksigen yang berada di situ dan menyebabkan kebakaran itu terjadi.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran dan siasatan awal menunjukkan ia mungkin berpunca daripada litar pintas.



KISAH PALING PANAS

Tengok apa yang cuba 'diajar' oleh seorang ibu kepada anak lelakinya sungguh TIDAK PATUT!!!

SEDIH!! Video gadis 12 tahun diperkosa bapa sendiri jadi VIRAL di Internet!

Anak lelaki 'HAMILKAN' ibu kandung sendiri selepas berpisah dengan suami.!!