Budak kecil main 'KAHWIN-KAHWIN' dalam pondok kini disiasat polis!!
Baru-baru ini, 14 orang kanak-kanak berusia antara 7 ke 10 tahun terpaksa disiasat kerana terlibat dalam aktiviti lucah dalam sebuah permainan kanak-kanak yang di panggil kahwin-kahwin. Dalam permainan itu terdapat adegan malam pertama.
Selain itu, 10 orang adalah kanak-kanak lelaki manakala 4 orang lagi merupakan kanak-kanak perempuan, dipercayai kejadian itu berlaku tiga hari lepas.
Menurut saksi dalam kejadian itu, cikgu sekolah agama kanak-kanak berkenaan membuat satu laporan polis setelah melihat kejadian itu yang dimaklumkan oleh salah seorang anak muridnya.
Keesokkan harinya, Wali murid yang terlibat dalam kejadian itu terpaksa membuat satu pertemuan dengan cikgu dan juga beberapa anggota polis.
Saksi menyatakan bahawa mereka bermain kahwin-kahwin pada awalnya dan mendirikan sebuah pondok yang dibuat dari daun pelepah kelapa selepas balik sekolah.
Tidak tahu bagaimana akhirnya permainan itu mempunyai adegan intim seperti pasangan suami isteri, ketika itu saksi melihat cikgu lalu di kawasan berkenaan terus memaklumkan cikgu tersebut.
Melalui siasatan dan pengakuan murid, 4 di antara murid telah melakukan kegiatan itu sebanyak 3 kali dengan pasangan yang berlainan.
Walau bagaimanapun, kes itu telah memburukkan nama baik sekolah mereka dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan.
Di samping itu, kedua orang tua murid dan guru perlu mendidik anak-anak dengan memberitahu bahaya dan dosa hubungan terlarang itu.
Selain itu, kurangnya perhatian ibu bapa kepada anak juga memiliki peranan penting kenapa hal macam ini boleh berlaku.
Sebagai contoh, dengan menunjukkan kelakuan kurang baik didepan anak-anak, bersetubuh di depan anak dan tidak mengawal anak-anak dalam aktiviti laman sosial, itu semua memberikan kesan pengaruh kepada mereka katanya.
Hendri Abbas Bin Mohd Abdul Latif, Pihak polis Tanah Datar menyatakan bahawa pihaknya masih menyiasat sejauh mana perbuatan murid-murid berkenaan dalam permainan kahwin-kahwin yang mempunyai adegan malam pertama itu.