Lelaki di tangkap selepas 'MELIWAT' isteri kawan sendiri dalam keadaan mabuk.!!


Seorang buruh binaan akan meringkuk dan menghabiskan sisa hidupnya dalam penjara, kerana merogol dan meliwat isteri kawannya selepas memaksa mangsa minum arak.

Azhar Che San, 43 tahun yang gagal dalam rayuan terakhirnya, apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Hakim, Datuk Zawawi Mohd Salleh yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata, walaupun perayu (Azhar) akan dibebaskan dari penjara semasa usia 81 tahun.

Mahkamah tidak mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan hukuman penjara, disebabkan fakta kes. Beliau berkata, hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan, setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Panel Mahkamah Agung yang turut bersidang, iaitu Hakim Ong Lam Kiat dan Datuk P. Nalini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan setiap satu, bagi dua pertuduhan merogol seorang wanita berumur 46 tahun, serta penjara 20 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat mangsa.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Taiping, di Perak, memerintahkan Azhar menjalani hukuman penjara 18 tahun bagi pertuduhan pertama dan mula menjalani hukuman bagi pertuduhan kedua serta ketiga, selepas selesai menjalani hukuman penjara pertama.

Hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak.Azhar mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Taiping dan dijatuhi hukuman penjara sejumlah 54 tahun, bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 36 sebatan, tetapi Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada 38 tahun dan 24 sebatan.

Mengikut fakta kes, Azhar pergi ke rumah mangsa pada jam 6 petang 4 Mei 2016, dan memberitahunya, suami (mangsa) sakit dan mahu membawanya bertemu suaminya.

Bagaimanapun, dia sebaliknya membawa mangsa ke sebuah pondok dalam hutan di daerah Larut Matang, Perak sebelum merogol dan meliwatnya selepas mangsa dipaksa minum arak.



KISAH PALING PANAS

Tengok apa yang cuba 'diajar' oleh seorang ibu kepada anak lelakinya sungguh TIDAK PATUT!!!

SEDIH!! Video gadis 12 tahun diperkosa bapa sendiri jadi VIRAL di Internet!

Anak lelaki 'HAMILKAN' ibu kandung sendiri selepas berpisah dengan suami.!!