Gadis kesal selepas benarkan teman lelaki memasukkan jarinya ke dalam 'APAM' hingga BERDARAH!!
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutama oleh lelaki yang melihatnya buat pertama kali.
Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa di setiap zaman, hatta zaman moden dan zaman kemudian dari ini.
Selaput dara sebenarnya sukar untuk dikenal pasti oleh seorang lelaki apatah lagi yang belum berpengalaman kerana ia berada bukan betul-betul di pintu faraj tetapi agak sedikit ke dalam.
PERSOALAN :
Saya telah membenarkan bf saya untuk memasukkan jarinya ke dalam vagina saya. Dan selepas beberapa minit dia mengeluarkan jarinya terdapat kesan darah pada jarinya.
Kami telah putus hubungan dan saya amat menyesal atas apa yang berlaku dan telah bertaubat, soalan saya :
1) saya tahu bahawa mungkin saya telah kehilangan dara, saya nak tahu sekiranya ada kemungkinan vagina saya akan berdarah lagi pada malam pertama perkahwinan saya?
2) adakah vagina saya akan masih ketat seperti saya masih dara?
JAWAPAN :
Perbuatan memasukkan jari ke dalam vagina berkemungkinan besar menyebabkan selaput dara atau hymen koyak.
Ini kerana hymen adalah selaput nipis yang menyelaputi separuh dari pembukaan vagina. Ia adalah sebahagian daripada struktur yang dikenali sebagai vulva iatu kemaluan luar wanita (external genitalia).
Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam tidak menyatakan sedemikian.
Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga sukar dikenalpasti.
Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian.
Apatah lagi mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri. Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.
Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.
