Kerani pejabat 'PERKOSA' anak majkan sendiri sehingga hamil sempat dirakam CCTV


Seorang bekas pekerja pejabat dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur yang juga anak bekas majikannya hingga mengandung dan melahirkan bayi perempuan kira-kira empat tahun lalu.

Dalam prosiding semalam, tertuduh yang diwakili peguam diminta meminta maaf kepada mangsa dan keluarga serta ibu bapa yang turut berada dalam mahkamah sehingga menimbulkan suasana agak memilukan.

Sebelum itu, tertuduh didakwa kerana kesalahan merogol mangsa yang ketika kejadian baru berusia 13 tahun tujuh bulan dan masih bergelar pelajar.

Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di dalam pejabat milik ayahnya antara 21 Januari hingga 30 Januari 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Tertuduh dalam rayuannya melalui peguam sebelum itu merayu agar hanya dikenakan hukuman ringan atas beberapa faktor termasuk usia yang muda dan sudah insaf.

Sebelum itu, mangsa yang kini berusia 18 tahun dan bekerja sebagai pekerja kilang turut dipanggil memberikan kenyataan  secara bersumpah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Dalam kenyataannya, mangsa agak keliru untuk menyatakan perasaan yang dialami akibat kejadian sebaliknya dia hanya sedih kerana dirogol dan gembira atas kelahiran bayi perempuan yang kini dijaga keluarga angkat.

Manakala tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding hanya meminta maaf kepada mangsa dan menyatakan kekesalan atas segala yang berlaku dari kandang pesalah.

Hasil ujian DNA mengesahkan tertuduh merupakan bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.



KISAH PALING PANAS

Tengok apa yang cuba 'diajar' oleh seorang ibu kepada anak lelakinya sungguh TIDAK PATUT!!!

SEDIH!! Video gadis 12 tahun diperkosa bapa sendiri jadi VIRAL di Internet!

Anak lelaki 'HAMILKAN' ibu kandung sendiri selepas berpisah dengan suami.!!